Selasa, 16 Disember 2014

KAU BERHENTI DAN AKU BERMULA

Tanggal 16/12/14 aku telah kehilangan seorang bos yang sangat baik. Selama setahun aku bekerja dengannya tak pernah sedikit pun dia memarahi aku..hanya tunjuk ajar yang selalu dia berikan..tahun lepas 2013, tanggal 16/12 adalah hari aku mula menjejakan kakiku ke tempat kerja nie tak sangka pula pada tarikh yang sama bos aku pula yang pergi meninggalkan syarikat ini..Rasa sedih bila dia ambil keputusan untuk berhenti..Aku doakan semoga dia berjaya..Satu hari nanti aku harap aku dapat jadi macam dia..Aaminn..

Rabu, 8 Oktober 2014

Setiap Yang Hidup Pasti Akan Merasai Mati

Seminggu yang lepas aku dikejutkan dengan berita pemergian ayahanda sahabat baikku. Mengalir air mata nie walaupun aku tak pernah pun lihat wajah ayahandanya. Aku doakan semoga rohnya dicucuri rahmat Allah S.W.T. Buat temanku, aku tahu kau seorang yang tabah, jangan sedih sesungguhnya Allah Bersamamu. Pesanan buat diriku dan teman-teman, hargailah ibu bapa kita selagi mereka masih ada. Mak ayah aku sayang kalian. Semuga aku dapat menjadi anak yang solehah terhadap ibu bapaku..Aamiinn.